JellyPages.com

Welcome Scraps, Graphics and Comments
More Images & Scraps

Saturday, 16 March 2013

M.I.S Partner



NAMA: LEE SHI LEI


NO. MATRIK:212685


PROGRAM PENGAJIAN:BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS













NAMA: CHOO QIN XIN


NO. MATRIK: 212753


PROGRAM PENGAJIAN:BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS








Friday, 15 March 2013

Ringkasan Eksekutif

Tanggapan orang lain terhadap kehidupan pelajar di UUM merupakan kehidupan yang membosankan kerana UUM terletak di kawasan luar bandar. Tetapi realitinya, pelajar boleh mejalankan pelbagai aktiviti di kawasan UUM dan kehidupan mereka di UUM boleh menjadi lebih menarik. Aktiviti –aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelajar di kawasan kampus seperti aktiviti kuliah,aktiviti ko-k , program pelajar, aktiviti jualan dan aktiviti perbincangan kumpulan. Selain itu, pelajar UUM boleh menjalankan aktiviti rekreasi, aktiviti hiburan, aktiviti kebudayaan dan agama, dan akiviti mingguan, aktiviti membaca di DPP masing-masing. Aktiviti-aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti.

Aktiviti Hiburan


Kehidupan kita memang tidak boleh kurang dengan hiburan. Begitu juga dengan kehidupan di UUM. UUM telah menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh mengurangkan kebosanan pelajar.


Pelajar boleh menonton televisyen semasa waktu lapang.



Pelajar juga boleh melayari Internet di makmal komputer dalam suasana yang baik.



"Melipat kertas" juga merupakan salah satu hiburan pelajar.





Thursday, 14 March 2013

Aktiviti Mingguan


Aktiviti mingguan yang dijalankan oleh pelajar UUM ialah persatuan yang ditubuhkan mereka akan mengadakan aktiviti pada setiap hari minggu. Tujuan mereka mengadakan aktiviti kesatuan setiap minggu adalah untuk menemuka setiap ahli kumpulan di kawasan UUM dan melakukan aktiviti yang berfaedah. 



Gambar  Persatuan Cina Peranakan Kelantan



         Gambar yang diambil selepas mejalankan aktiviti mingguan yang telah dianjurkan di Taman Botani.
   
                                                                          
                     

Aktiviti Kebudayaan dan Keagamaan

Pelajar UUM akan menganjurkan aktiviti  atau majlis perayaan tradisi untuk pelajar lain. Mereka akan cuba menganjurkan pelbagai aktiviti ini pada setiap semester supaya pelajar tidak berasa bosan. Dalam aktiviti ini,  pelajar akan meyertai seperti majlis kebudayaan. Pelajar berpeluang mempelajari tarian kebudayaan yang menarik dalam aktiviti kebudayaan ini.Selain itu, semasa ketibaan perayaan, mereka akan cuba merayai dengan rakan mereka.
     
    Tarian tradisi kipas yang dipersembah oleh  pelajar UUM.

                                   



 Latihan tarian tradisi.



     Aktiviti  pertukaran hadiah pada hari perayaan



                                                         Majlis kagamaan


                                                        

Program Pelajar

UUM selalu menganjurkan pelbagai pesta seperti pesta buku, pesta PC, pesta melukis potret dan lain-lain. Penganjuran pesta-pesta tersebut membawa banyak faedah kepada pelajar-pelajar UUM, contohnya , semasa pesta buku dan pesta PC diadakan , pelajar UUM dapat membeli pelbagai alat ICT  seperti pendrive , hardisk , komponen-komponen komputer dan alat-alat ICT yang lain dengan harga berpatutan.Selain itu, mereka dapat membeli buku yang diperlukan oleh mereka dalam pelajaran dan juga buku yang diminati oleh mereka.


                                             
              Pesta buku yang diadakan di foyer perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM




Pelajar sedang memilih buku yang diminati


Pesta melukis potret



PC Fair



Ativiti kumpulan berbincangan


Aktiviti yang sering dijalankan oleh pelajar UUM di kawasan kampus adalah aktiviti perbincangan kumpulan di foyer perpustakaan. Mereka akan cuba  meluangkan masa untuk membuat perbincangan kumpulan untuk kerja kursus mereka atau untuk program yang akan dianjurkan oleh mereka.  Perbincangan mereka tidak memganggu pelajar lain.


 Pelajar-pelajar sedang membuat perbincangan dalam kumpulan di foyer perpustakaan.

         
               
                                   


                          Pelajar sedang mejalankan perbincangan kumpulan.



     

Aktiviti rekreasi


Pelajar uum boleh menjalankan pelbagai altiviti rekreasi di kawasan dpp atau di kawasan UUM apabila mereka mempunyai masa lapang. Pelajar UUM boleh menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi seperti bermain tennis , berjoging,dan berkayuh basikal di dpp masing-masing. Pelajar mejalankan  aktiviti rekreasi  untuk mengisi masa lapang dan melegakan minda mereka selepas habis kuliah. Dengan mejalankan aktiviti rekreasi ini , mereka boleh berkayuh basikal di kawasan dpp sambil menikmati permandangan sekitar uum yang indah ini. 


Pelajar sedang berjoging di bukit kachi pada waktu petang.

                                            
                                     

           Pelajar sedang berjoging sambil mendengar lagu untuk melepaskan stress


                 
                                             

 Mereka berkayuh basikal  sambil menikmati keindahan bukit kachi.



                 


Pelajar bermain tennis di gelanggang yang disediakan.

                                        

Aktiviti membaca


Sebagai seorang pelajar, kita sememangnya tidak dapat melarikan diri daripada aktiviti membaca. Aktiviti membaca ini bukan merujuk kepada membaca buku sahaja, malahan merujuk kepada segala bahan bacaan seperti majalah, komik ataupun buku kitab.

Gambar dibawah menunjukkan seorang pelajar sedang membaca sementara mununggu kelas yang seterusnya.

Selain itu, pembacaan surat khabar juga tidak dapat dielakkan untuk mengetahui isu-isu semasa.



Komik juga turut dibaca untuk melepaskan tekanan.






Kokurikulum (ko-k)


Kokurikulum (ko-k)  ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dimana sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.Kokurikulum yang ditawarkan di UUM termasuk ko-k yang dijalankan dalam kuliah dan ko-k yang dijalankan di luar kuliah.
Antara ko-k yang dijalankan di luar kelas termasuklah paramotor.



Paramotor merupakan sebuah kenderaan yang direkacipta untuk menerbangkan manusia dengan menggunakan motor tanpa harus melakukan lompatan dari tempat tinggi.




Gambar di bawah menunjukkan salah seorang pelajar paramotor sedang memegang payung paramotor.



Silat merupakan ko-k yang dijalankan di dalam kuliah.



Perempuan juga boleh terlibat dalam silat.





Aktiviti Perniagaan

Selain daripada menghadiri ke kuliah, pelajar UUM juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan seperti jualan tiket bus, jualan tiket pesta, jualan baju dan sebagainya. 


Sebagai contoh, pelajar India UUM telah mengadakan 'Indian Fest 2013' yang terbuka kepada semua pelajar UUM dan menjual tiket pestanya di tempat yang disediakan oleh pihak UUM iaitu di DKG 1.


Mereka cuba memperkenalkan pesta mereka kepada setiap pelajar yang melalui kaunternya.


Selain daripada menjual tiket pesta, terdapat juga pelajar yang menjual tiket bus. Kaunter ini telah memudahkan pelajar yang hendak membeli tiket bus.


Pelajar dari bidang pemasaran juga menjual tiket ceramah tentang bidang pemasaran di kaunternya.


Selain yang di atas, terdapat juga kaunter yang menjual barang yang lain.








Aktiviti Kuliah

Sebagai seorang pelajar, kita sememangnya tidak dapat mengelakkan diri daripada hadir ke kuliah.  Menghadiri ke kuliah telah merupakan satu kewajiban bagi setiap pelajar UUM. Sekiranya pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kuliah dari kuliah 3 kali tanpa alsan yang munasabah, maka pelajar tersebut akan dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir semester. Cara ini dapat memberangsangkan bilangan pelajar yang menghadiri kuliah.


Sememtara menunggu kelas yang seterusnya



  Suasana di dalam kuliah


Pelajar yang mempunyai soalan akan menanya kepada pensyarah selepas habis kuliah.


Pensyarah berusaha menerangkan kepada setiap pelajar yang mempunyai soalan tanpa mengira bangsa